Redha tu penting sayang..

Entry kali ni is specially dedicated for my son.. Muhammad Nur Aiman.. Why? I just want you to know that in this world.. THERE IS NOTHING MUCH MORE IMPORTANT THAN ANY OTHER THINGS THAN YOU BEING MY SON.. JUGA AMANAH DARI ALLAH YANG IBU HARUS JAGA... HINGGA AKHIR HAYAT IBU.. Ibu sayang sangat anak2 ibu..

Why is it your name as your name now? There are so many reasons why dear.. and one of the most that was and still in the top of the list ~> MUHAMMAD... ibu dan ayah mengaharapkan semoga anak ibu membesar dengan akhlak mulia Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w... NUR.. bermakna cahaya.. and AIMAN... yang bertuah.. sebabnya? even when you are still in my womb.. you have had so much difficulty to reach your full term.. which you didn't.. and we **as myself and your dad..** berharap.. dengan memanggil kamu Aiman.. mengharap kamu juga akan sebertuah maksud panggilan tu.. kerana kata itu doa.. dan setiap panggilan ibu dan ayah pada kamu.. adalah doa kami yang sangat2 ikhlas dari hati kami.. mengharapkan yang terbaik untuk anak kami..

Kenapa dengan Aiman? You were born @ 27 weeks gestation.. dan risiko yang terpaksa ibu telan ialah bila doktor kata.. "berat badan bayi dalam kandungan awak sangat sedikit.. kalau awak melahirkan anak sekarang... bayi awak.. persentage kemungkinan besar tak boleh survive... semua organ dalaman bayi.. paru2 tak matang lagi.. jantung mungkin tak boleh berfungsi.. and paling buruk.. otaknya belum boleh berfungsi sepertimana kanak2 yang normal.. anak awak mungkin cacat sepanjang hayatnya.. ini risiko yang awak terpaksa terima.. awak faham ke?".. a statement that comes from a doctor that has ripped my heart and strength.. which I hardly gathered.. and now shattered by those cruel words.. dan ibu menangis sepanjang malam.. walau ibu tau.. menangis tak akan menolong ibu.. but that was the only thing i can do at that time.. menangis..

"Anak kakak.." said the nurse to me.. sambil menunjuk kepada ibu wajah anak ibu.. buat air mata ibu mengalir.. and buat segala rasa sakit yang baru saja ibu tanggung hilang begitu saja.. "Apa jantinanya?" kata nurse lagi sambil menunjukkan alat jantina anak ibu.. "Lelaki.." kata ibu perlahan.. hanya Allah saja yang tau betapa gembira ibu hari tu.. sebab anak ibu selamat dilahirkan.. dan hingga hari ini pun.. ibu masih rasa perasaan yang sama.. bersyukur dengan kurniaan Allah.. kerana anak ibu.. dilahirkan dengan selamat... dan sempurna..

i had a very hard time while you were in NeoNatal Care Unit.. There are one time.. bila tiba2 seorang ibu meraung dengan pilu sekuat hati.. buat kami terpinga2.. until a nurse was telling.. "her baby just passed away.." buat kami semua terdiam dan menghabiskan petang hari tu dengan perasaan yang tak tau macam mana nak digambarkan.. terbayang wajah anak masing2 dalam incubator.. dan walau tidak melafazkan dengan kata2.. setiap satu kami.. kesemuanya berkira2.. "giliran siapakah pulak selepas ini.. mudah2an anak aku sentiasa sihat.. dan dipanjangkan umur..."

Dan setiap kali ibu berjaya mengumpul semangat untuk berdepan dengan dugaan Allah.. setiap kali tu jugaklah ibu diduga dengan dugaan yang pada ibu.. kadarnya lebih berat dari sebelumnya.. kerana sepanjang berada disana.. ibu melihat kesedihan yang hanya Allah saja yang mengerti.. bila 9 orang bayi yang sama2 dilahirkan tidak cukup bulan.. pergi mengadap Allah.. dan kepiluan yang ditanggung oleh seorang ibu.. yang bersusah payah sakit.. dan bertarung nyawa melahirkan... hanya untuk melihat anaknya dijemput malaikat maut..

Hadiah harijadi paling berharga sepanjang hidup ibu.. bila tanggal 26 June 1996.. bila berat badan Aiman dari 1.45kg... mencecah 1.65kg.. dan dibenarkan keluar dari hospital.. bila doktor sahkan.. paru2 Aiman boleh berfungsi dengan sediri tanpa bantuan.. bila doktor sahkan.. Aiman sihat.. TAK ADA APA YANG LEBIH BERHARGA DARI MENGETAHUI ANAK IBU SIHAT... DAN HADIAH DARI ALLAH YANG MEMANG TAK BOLEH DIBELI DENANG HARTA DUNIA.. KESHIAHTAN ANAK IBU... dan sampai hari ni.. ibu tak pernah berhenti rasa bersyukur dengan kurniaan Allah pada ibu dgn ayah..

Kalaulah Aiman boleh lihat keadaan Aiman semasa dilahirkan... dan membandingkan apa yang telah Allah suratkan buat Aiman.. mungkin Aiman akan faham..

The things I really want to say here is.. Bersyukurlah dengan setiap apa yang kita ada.. dan mengukur setiap kelebihan kita juga kekurangan kita dengan redha.. Aiman dilahirkan sempurna.. fizikal dan mental.. bahkan Aiman diberi Allah kelebihan dengan kecerdasan minda.. yang mana tak semua orang ada.. Gunakanlah sebaiknya.. There are times, in your life.. you'll understand that.. you'll face "dissapointment" in life.. and you'll not be getting everything... what you want.. and as your wanted.."

Amanah yang ibu juga ayah terima.. membesarkan Aiman juga kakak and adik.. sangat2 besar.. and there will be times.. as much as we want to say Yes to your request.. we have to say No and break your heart.. and bear in mind.. and as we break your heart by saying no.. hati kami juga rasa terluka.. but realizing the amanah yang kami sebagai ibu dan ayah.. it is better to break you heart now.. rather than having you broken hearted with the choice you made that we've said yes to.. Sesungguhnya hanya Allah yang lebih mengetahui...

Marah kami sebagai ibu dan ayah kerana kami sayang.. Teguran kami sebagai ibu dan ayah.. kerana kami sayang.. Hukuman yang kami beri.. kerana kami sayang.. dan kami buat segala2nya.. kerana Allah.. Kalau Aiman rasa kecewa.. ibu dengan ayah juga rasa kecewa.. Kalau Aiman rasa sedih.. ibu dengan ayah juga.. rasa berganda sedihnya.. dan kalau Aiman rasa marah.. ibu dan ayah harap.. satu hari nanti.. Aiman akan nampak.. WHY THINGS ARE AS IT IS NOW.. Doa ibu dan ayah yang tak pernah putus.. semoga Allah sentiasa bersama Aiman.. Semoga Allah permudahkan hidup Aiman dunia dan akhirat.. dalam baraqah.. InsyaAllah.. Sesungguhnya.. hanya Allah yang lebih mengetahui..

p/s - Buat En.Ayah.. walau tak membaca.. saya harap awak faham.. bukan mudah membesarkan anak remaja yang lebih kepada emosi dan perubahan hormon.. bukan mudah bercakap dengan anak remaja yang keliru.. dan disetiap akhir perbualan.. walau setabah mana pun saya cuba.. saya masih cuma mampu menangis dan berdoa semoga diberi kekuatan hati dan perasaan.. semoga kami semua dijauhkan dari segala kejahatan malam juga kesesatan siang.. dan cuma airmata saya saja yang mampu menghurai perasaan dalam hati.. dengan rasa terluka...

Ulasan

♥MAMASYAZA♥ berkata…
sedihnya baca luahan hati akak ni
payarumput21 berkata…
Sue..

Terima kasih kerana sudi membaca.. berat mata memandang.. berat lagi bahu yg memikul..
Hati kita.. Airmata kita.. cuma kita saja yang tau.. :)
DrSam berkata…
anak penyejuk hati ibu bapa. Semoga anak-anak membesar menjadi insan yang Solehin. Juga pengorbanan ibu membesarkan anak-anak besar ganjarannya.

Berat kita berkata, berat lagi si ibu memikul tanggungjawab tersebut.