44 Hari.. Bilakah akan berakhir...

Cerita apa kita pagi nih ye... Tak de cerita specific.. cuma nak luahkan apa yg terbuku dalam hati.. Kalau boring silalah tuka channel ye.. :)

Teringat time berpantangkan Sara dulu.. Aku menangis semenangis2nya tak tahan makan nasi putih + ikan bakar + sayur air bunga kobis + Sambal ikan bilis lada hitam + air 1/2 gelas.. setiap hari.. 3 x sehari.. sampaikan aku rasa stress sgt2 bila tiba waktu pagi.. sbb kena makan nasi dgn lauk yg sama tiap2 hari.. Sampaikan ada satu hari tu aku mengamuk cakap kat En.Ayah.. "Saya tak peduli.. start esok.. apa yg saya makan awak kena makan.. Jangan makan benda lain.. Dah la mengandung saya susah.. Bersalin pun saya susah.. Pantang pun saya jugak susah.. Awak senang2 je makan itu ini.. TAK PEDULI.. AWAK CUMA BOLEH MAKAN APA YG SAYA MAKAN JE SEPANJANG2 SAYA DALAM PANTANG.." hahaha.. boleh gitu? And petang tu.. menu makan aku mula berubah.. adalah buah anggur.. orange.. apple.. dan makanan pun tak la seteruk sebelumnya...

Time Aiman pulak.. aku tak sempat langsung berpantang makan kat rumah.. sebabnya seluruh masa aku habis kat hospital kerana Aiman lahir tak cukup bulan.. and sekali lagi En.Ayah jadi mangsa.. Dah lah terpaksa berulang alik dari Labuan ke Kota Kinabalu.. tiap kali datang ada saja yg tak kena pada aku.. asik nak merungut je.. Ada saja yg nak aku ungkit pada En.Ayah.. walau aku tahu En.Ayah dah cuba sedaya upaya utk buat yg terbaik.. but his best was not good enough for me.. Why? aku stress sgt2 dgn situasi sekeliling.. dengan anak yg masa tu tak tau lagi masa depannya.. Dengan rehat tak cukup.. Dengan tak de tempat nak mengadu.. Semuanya terpaksa telan mcm tu saja.. dan bila En.Ayah berkunjung.. cuma tu sajalah channel aku utk lepaskan perasaan..

Bila Danial.. keadaan jadi lain.. MIL yg pada masa tu berjanji nak datang menjaga aku dalam pantang.. tiba2 tak jadi datang.. dan yg jadi mangsa Mak aku jugaklahhh.. Mungkin.. alasan yg MIL berikan pada waktu tu tak boleh diterima akal.. **akal aku lah.. org lain mungkin berfikiran lain kannn..** Aku jadi sgt2 murung bila terpaksa ikut Mak balik rumah dan berpantang kesana tanpa En.Ayah.. puas aku nangis tak nak.. nak duduk rumah.. tapi En.Ayah hantar jugak aku balik rumah mak.. sebab.. En.Ayah kerja tak boleh jaga aku.. and mak pulak tak boleh lama2 kat rumah aku.. so, paling senang.. aku ikut mak balik rumah.. and En.Ayah akan datang weekend tengok aku dgn budak2.. Tiap2 hari aku nangis.. sampailah abes pantang and En.Ayah bawak aku balik semula...

Kali ni berpantang lain sgt2 rasa.. Aku tak kisah pun dengan lauk yg En.Amat masak utk aku makan hari2.. sedap ke tidak.. aku telan aje.. Walau mmg tak aku nafikan setakat ni tak pernah lah lauk tu tak boleh aku makan sbb tak sedap ke apa.. Sara cukup suka bila En.Amat masak ikan siakap masak halia.. Mcm dia pulak yg dalam pantang kalau makan tu.. Dan aku.. okay lah ikan siakap tu dari ikan selar besar yg mak bakar.. tak tertelan tekak aku.. **bukan kata mak buat tak sedap.. tapi aku stress tengok ikan selar bakar**

Kali ni berpantang aku rasa sedih sgt2.. Terasa sgt mcm org terbuang. Mak awal2 lagi dah kata tak boleh jaga.. sebab DikYang bising anak dia tak de org nak tengok kalau mak jaga aku.. Mak En.Amat pulak mmg tak boleh datang atas sebab2 yg tersendiri.. Adik beradik Yg berziarah pulak cuma datang tengok aku mcm tengok kengkawan office je.. dtg buat bising lepas tu balik... Dan aku cuma mampu simpan dalam hati.. Tak pe lah.. sekurang2nya aku masih ada En.Amat juga anak2 aku yg selalu tolong aku kat rumah ni..

Sedih tu terpaksa aku buang jauh2.. Hari ni, En.Amat balik PD.. nak amek makciknya datang sini utk jaga aku sampai lepas pantang.. Sebabnya.. Minggu depan En.Amat dah start kerja.. cepat betul cuti seminggu tu abess.. Terfikir2 la pulak.. mcm mana la nak aku tempuh minggu2 yg mendatang nih time En.Amat tak de.. Dengan perut yg berjahit.. bergerak lebih2 pun sakit.. Nak dukung anak pun sakit.. Terfikir la pulak.. sapalah nak angkat Imann malam2 kalau dia menangis bila En.Amat tak de.. aku? nak bangkit dari tempat baring tu pun makan masa.. adehhhh.. semoga Allah permudahkan...

Rindu betul kat Aiman.. Dua tiga hari ni asik teringat anak bujang aku yg sorg tu je.. and minggu ni asrama tak cuti sbb ada class ganti hujung minggu... Next week baru balik.. Tak sabar pulak tunggu hujung minggu depan... rindu sgt2..

Semoga Allah berikan aku kecekalan hati utk menempuh 44 hari yg penuh dengan dugaan.. InsyaAllah.. Aminnn...

Ulasan

♥MAMASYAZA♥ berkata…
betulkan akak, kalo operation ni lagi susah nak bergerakkan, takpelah akak, ujian semua tu, semoga dipermudahkan segalanya...aminnn
Mother of Two berkata…
kak isma,
sabar kak...jgn simpan dalam hati..luahkan ajer kat blog niekan.
rasa cam nak ajer pg tgk baby tu..insyaallah tgg hubby balik bulan 3 nie
Za with Luv berkata…
tahniah akak..tembam sgt bby imann khaled..x sbr nk p tgk,tggu kak zai janji nk p skali..