Salam Aidil Fitri... Maaf Zahir Batin.. :)

Hari ni first day kerja selepas 1 minggu cuti, berpoya2 dan beraya… Haahahaha.. ayat tak boleh belah makcik nih.. Serious cakap.. memang sgt2 tak ada mood langsung nak mereply email.. follow-up on outstanding issues.. and picking up from where you have left.. sebelum cuti raya.. memang langsung tak mau gerak jari jemari ni.. macam masih diawang2an je perasaan tu.. Mujur tak de meeting hari nih.. Kalau tak.. mau semua orang cerita pasal kuih raya, ketupat, rendang, lontong dan sebagainya.. **peringatan.. jangan tiru macam makcik yerr.. kerja tu ibadah.. yang akan dituntut di akhirat kelak..**

Baby Imann selepas 1 minggu bergolek2 dengan ibu.. pagi ni macam terpinga2 bila bangun tengok papa tak de kat sebelah.. terpanggil2 **ikut bahasa Baby Imann laa.. bukan ikut bahasa kita2 yerr..** cari papa nya.. yg dah pun balik PD semalam.. and pagi ni termangu2 bila bertukar tangan dengan pengasuh.. Kesian Imann.. ibu pulak yang rasa sedih.. sebabnya.. seminggu duduk kat rumah.. berulit dengan ibu.. rasa macam seronok sangat dapat peluk, cium, golek2, gigit2, bergelak ketawa dan kesana sini berpoya2.. sampai tak ingat dunia.. tup2.. dah abbess seminggu tu.. dah nak kena keje la pulak.. adehhhh…

Sampai Office.. parking semua dah penuh.. dalam hati makcik.. wah3x.. kengkawan makcik semua semangat kerja lepas seminggu raya ni ye.. awal dah sampai.. malu la pulak rasa hati ni.. makcik sampai elok 5 minit sebelum pukul 9am.. but masuk dalam office.. jangan tak caya.. suram je.. sunyi sepi.. hahahaha.. semua macam zombie.. badan je kat office.. jiwa raga masih lagi beraya.. and that goes to all regardless apa bangsa sekali pun.. 1 Malaysia la katakan.. Malaysia Boleh.. !!!

Apa2 pun.. buat semua kengkawan.. Puasa kan sebulan, so Raya pun kenalah sebulan.. jadinya kat sini.. makcik menyusun sepuluh jari **tangan je..** memohon ampun dan maaf.. andai kata ada tutur kata.. tulisan dan cerita.. atau apa2 saja lah yang lahir dari makcik yang secara sedar mahupun tidak.. sengaja mahupun tak sengaja.. yang telah terkesan dihati kengkawan semua.. makan dan minum.. harap dihalalkan.. sesungguhnya makcik ni pun insan biasa.. yang khilaf.. yang sentiasa berbuat salah.. yang tak pernah sempurna.. maaf banyak2.. Semoga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat teman2 semua.. lebih dari tahun2 yang sebelumnya.. semoga semuanya bergembira pada hari yang mulia ini.. dan semoga semua yang baik2 belaka adanya.. InsyaAllah.. Aminn..

Gambar raya? Hahahaha.. memang makcik nak upload.. tapi semenjak dua menjak kebelakangan nih.. En.Nikon makcik dah macam bukan makcik yang punya la pulak.. dah macam makcik meminjam la pulak.. sebabnya.. dah macam jadi harta anak teruna makcik la pulak.. asik berkepit dengan dia je.. Nanti2 lah kalau En.Nikon tu dipulangkan semula.. makcik janji akan diuploadkan gambar2 makcik yg macam model jual nasi lemak tu.. hahahaha.. jangan ada yg muntah hijau je sudah bila tengok ye..

Sampai kita jumpa lagi.. bila makcik update lagi la tu.. Selamat kembali ke alam nyata.. J

p/s: soalan untuk semua kat luar tu.. korang punya baju raya tahun ni tema kaler apa? Makcik pergi sana sini kaler BIRU… bukak fb pun macam tu jugak.. family tu biru.. family ni biru.. family makcik dah memang2 nya biru.. macam dah janji2 la pulak.. Tahun ni memang tahun biru ke?

Ulasan

Abd Razak berkata…
Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Maaf jika ada silap dan salah..
♥MAMASYAZA♥ berkata…
sama gak dengan saya
selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin utk akak sekeluarga.
jgn lupa cepat2 load gambar raya tu, su nak tgk gaks
anyway, warna tema kami tahun ni...kuning...hehehehe
payarumput21 berkata…
Salam Abd Razak..

Selamat Hari Raya juga dari akak.. dan sama2.. maaf jika ada ketelanjuran kata di dunia cyber ni ya.. semoga syawal tahun ni memberi seribu satu kenangan yg indah buat anda juga keluarga.. :)
payarumput21 berkata…
Sue.. Salam,

Selamat Hari Raya buat sue dan keluarga juga.. maaf dari akak yg mmg sentiasa buat silap.. halalkan makan dan minum ya..

Hahaha.. bukan kaler biru eh.. kuning ye..?? ;p