... Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Al-Fatihah..

What can be more horrific than not knowing where your son’s whereabouts, and being clueless on everything on attempts of trying to locating him? Worst nightmare which is beyond words that can describe the feeling… Dan itulah yang jadi pada aku over the weekend hari tu..

Friday: 16-Sept-2011 @ 9:00pm

Danial: Ibu, esok adik ada match bola.. Selayang lawan Ciku.. **Selayang referring to the place we are staying and Ciku is the opponent’s..**

Me: Pukul berapa start?

Danial: Pagi, pukul 8:00am.. Adik boleh pegi eh bu eh.. Lawan kat Ciku..

Me: Adik nak pegi buat apa? Adik jadi cheerleader ke?.. *joking*

Danial: Ibu nihh… adik jadi defender laaa.. boleh eh bu..

Me: Ok .. but mlm ni kena tido awal.. sbb esok nak bangun pagi.. takut nnt adik letih tak cukup tido.. Nanti pagi esok ibu antar..

Danial: Ok..

Saturday: 17-Sept-2011
That was the conversation we had that night.. But pagi tu, Danial convinced me that there is no need for me to send him as he will be going with his friend **who stays only few doors away from our house** and that his friend’s father will be sending them.

But.. bila menjelang tengahari tu hujan lebat dengan guruh dan kilat berdentam dentum.. aku jadi rasa tak sedap hati betul2.. Danial tak nampak batang hidung lagi.. and when the clock turned 1:00pm.. I told “En.Amat.. eh, jomlah pegi ke padang tu.. tak kan match tak abis2 lagi.. dah berapa jam dah ni.. hujan lesak pulak tu.. risau lah..”

Dan aku, En.Amat, Baby Imann & Sara pun berangkat ke Ciku.. only to find.. padang bola lengang selengang2nya.. yang ada cuma air penuh padang sebab hujan lebat.. satu kelibat manusia pun tak nampak.. aku tak tau nak fikir apa.. “Jom pegi depan sikit kat kedai tu.. tengok2kan kot2 dia pegi sana ke..” and En.Amat pun drive ke hujung simpang tiga jalan besar tu..

Dari jauh dalam hujan lesak tu aku nampak kat longkang besar seberang jalan lampu dari kenderaan bomba.. Orang ramai penuh berkeliling sambil meninjau2 ke dalam longkang besar.. Jantung aku tiba2 jadi laju sangat2.. Aku cuma mampu menelan air liur.. “u-turn kat depan.. pegi kat bomba tu..” dan En.Amat hanya menurut..

Demi tuhan.. pada saat aku sampai kat petrol pump tu.. lutut aku jadi lembik bila dikhabarkan “ada budak jatuh dalam longkang.. “ terasa dunia ni berhenti berpusing.. jantung aku macam berhenti berdegup.. aku cuma nampak orang bukak mulut bercakap.. bercakap.. bercakap.. dan bercakap.. tapi dah tak dengar apa2 pun.. yang ada dalam hati dan kepala aku cumalah.. *Ya Allah.. manalah anak aku.. janganlah sesuatu yang buruk jadi pada anak aku Ya Allah.. kau peliharalah anak aku Ya Allah.. Kesiankanlah anak aku Ya Allah.. Dan siapa saja pun yg berada dalam air tu.. sekalipun bukan anak aku.. Kau lindungi lah dia Ya Allah.. selamatkan lah dia Ya Allah.. kashihani lah dia Ya Allah..”

Dengan air yang penuh dalam longkang besar tu.. dengan arus yang sangat deras dari 3 penjuru turun dalam culvert yg dalam tu.. even bomba pun guna tali yg di ikat pada badan untuk turun ke dalam lubang yg penuh air.. aku????.. lagi sekali telan air liur.. terasa gelap sekejap dunia aku.. hampir gila aku rasa bila tak tau kat mana anak aku..!!!!!! dan aku bukan juga keseorangan.. ada tiga empat ibu juga berada disitu.. masing2 menunggu.. sambil berkata.. “anak saya pun tak balik lagi.. tak tau kat mana..” Lega kah hati aku kerana bukan aku seorg saja yg dalam kebimbangan?? Sumpah tidak.. dalam keadaan tu.. yg ada dalam hati aku cuma.. “Ya Allah.. Kau selamatkanlah anak itu.. Kau selamatkanlah dia..” dan aku rasa sangat2 pasrah.. takut sangat2.. tak terbayang.. sungguh diluar jangkauan akal fikiran aku akan pilu hati seorang ibu bila tidak mengetahui kat manakah anak aku ketika tu..

“Jom Is..” kata En.Amat.. “Kita pegi rumah kawan adik.. dia pegi dengan kawan dia.. mustahil ayah kawan dia tak bawak dia balik sama.. jom” sambung En.Amat sambil menarik tangan aku.. dan saat itu.. aku tak mampu nak berfikir dah.. “Awak pegi lah.. Kakak tau kat mana rumah kawan dia tu.. selang berapa rumah je dari rumah kita.. Saya nak tunggu sini..” aku sungguh2 rasa nak menangis.. nak menjerit sekuat hati.. but.. sesungguhnya.. air mata aku tak setitis pun keluar.. terasa sejuk kaki tangan aku.. segala2nya tersekat kat kerongkong..

“Jangan la mcm ni Is.. adik ok.. kita pegi rumah kawan dia dulu jom..” pujuk En.Amat..

Apa jadi lepas tu???... nanti aku sambung lagi eh…

Ulasan

Hady berkata…
Astargfirullah.... Apa sambungan cerita nya???