Rabu, 18 Januari 2012

Rindu saja lah yg mampu punnnn....

Hari ni makcik terbaca kat mana tah.. tak ingat la pulak..
"Kenapa kita perlu rasa sedih kalau kita tak mendapat apa yg kita inginkan.. bukankah semua itu telah ditentukan oleh Allah? bukan kah hanya Allah saja yg maha mengetahui apa yg baik untuk kita? bersyukurlah.. kita cuma tak dapat.. kita bukan kehilangan..

dan ayat tu telah membuat makcik rasa macam nak menangis meraung sepuas2 hati makcik.. hahahahaha.. pulak dahhhh... tak abes2 emo makcik nih kannnn... mcm dah tak de keje lain je asik nak nanges tak tentu arah.. mcm hobi je nanges2 tu kannn.. :)

sekarang nih makcik rindu sgt2 kat anak2 makcik.. **hahahaha.. mcm la anak2 makcik semua ada kat luar negara kannn... pegi sekolah jeee..**

Makcik rindu sgt2 kat Danial.. sbb sekarang ni dia dok di asrama.. makcik suka bila tau dia ok dok di asrama, and dapat jumpa dia weekend ari tu makcik cakap kat dia.. "klu adik tak suka dok di asrama.. tak suka sekolah nih.. adik cakap je kat ibu tau.. nnt ibu keluarkan adik.." hahahaha.. boleh gitu? ni sebenarnya sapa yg tak nak adik dok asrama nih.. adik ke? ibu ke?.. but.. saat nih.. mmg makcik rindu sgt kat Danial.. terasa sgt sedih dalam hati makcik teringat moment2 terakhir kat rumah, sebelum dia ke asrama.. salam makcik.. selalu klu makcik nak cium pipi dia.. dia tak bagi sebab malu dgn kawan2.. but hari tu.. dia yg cium makcik.. kemudian peluk makcik kuat2.. sekuat hati dia.. dan makcik cuma mampu ketap gigi sendiri tahan hati tak nak menangis.. tak nak danial rasa sedih.. "ibu jangan rindu adik tau.." sambil buat muka kiut dia.. and.. Allah saja yg tau hati makcik time tu.. terasa kosong sgt jiwa ni bila kaki melangkah keluar dari bangunan sekolah tu.. hollow je rasa..

Makcik rindu sgt2 kat Aiman.. anak bujang makcik nih selalu kata makcik tak sayang dia.. sebabnya kalau dia tak de je makcik mesti pegi makan McD ke.. Pizza ke.. Domino ke.. tak tunggu dia.. haihhhhh... tak pulak dia tau yg kalau makan tu makcik selalu rasa sedih sbb anak makcik tak semua ada depan mata makcik makan sama.. tak pulak dia tau yg dalam hati makcik ni kalau time makan tu terkenang2 kat dia.. makan apa lah kat asrama tu.. tak pulak dia tau.. kadang2 makcik rasa tak lalu nak makan sbb teringatkan dia..

Makcik rindu sgt2 kat Sara.. walau sekolah dia cuma depan rumah je and kejap lagi dia balik.. huhu.. but makcik rindu sgt2.. semalam Sara cakap.. "nape ibu sedih nih.. kakak tanya ibu tak nak cakap.. tapi ibu sedih2 je.." and makcik yg tak dapat tahan air mata.. "kakak ingat tak time kita pindah sini dulu.. kakak selalu cakap, aiman selalu cakap, adik pun sama.. kata tak suka duduk sini.. ibu cakap, tak baik rasa mcm tu.. sebabnya Allah lebih tau apa yg baik utk kita.. mungkin yg kita tak suka tu.. itulah yg terbaik utk kita.. but..kakak tau tak? selama ni ibu pun rasa benda yg sama.. ibu tak suka duduk sini.. tiap2 hari sepanjang setahun setengah kita duduk kat sini.. tiap2 kali lepas sembahyang ibu doa.. Ya Allah.. sesungguhnya cuma Kau saja yg tau apa yg baik dan apa yg tak baik utk aku hamba Mu ini.. andaikata ini yg terbaik buat diri aku.. Kau permudahkan lah Ya Allah.. tapi.. ibu tak pernah rasa happy kat sini.." kata aku sambil nanges.. "Kesian ibu.. tak pe bu.. kakak faham.. kakak dapat rasa apa yg ibu rasa tu.. kakak tau mcm mana perasaan tu.."

Dan perasaan aku terbawak2 kebelakangan nih mungkin disebabkan anak2 aku jauh dari aku.. En.Amat jauh dari aku.. seriously.. buat teman2 yg ada anak masih kecik2 lagi kat rumah tu.. treasure your time.. sebabnya.. seminit yg dah terlepas tu.. sampai bila2 pun tak boleh berulang..

And tetiba aku teringatkan mak dgn abah kat kampung.. kata mak kat aku hari tu.."sorry la bu.. nenek cakap banyak nih.. bukan apa.. bukan selalu nenek dapat ckap dgn ibu mcm nihhh.. ibu asik keje.. sibuk.. kalau call nenek pun sbb nak bagitau duit dah bank in je.." sambil ketawa sbb happy tengok muka aku.. dan terfikir.. mungkin ke aku jadi mcm tu satu masa nanti?

Ya Allah.. Kau pelihara lah anak2 ku.. Kau peliharalah Nur Sara Jasmin, Muhammad Nur Aiman, Muhammad Danial Haikal, Muhammad Imann Khaled dari segala kejahatan malam serta kesesatan siang.. permudahkan lah bagi mereka segala pintu kesulitan dan gembirakan lah mereka selalu.. dalam baraqah Ya Allah.. sesungguhnya hanya Kau saja yg maha mengetahui.. perkenankanlah doa hamba mu ini.. aminnn..

Tiada ulasan:

jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter