Hari Ibu..

Salam kengkawan kat luar tu.. Dah lama sangat2 berazam nak revamp page nih.. but tiap kali nak pegang lappy je... mesti ada yg menghalang.. and opkoz lah.. tentu2nya baby kecik comel kiut miut makcik *sila jangan muntah dulu.. ayat tak boleh belah makcik nih..*  yg makcik bagi nama Muhammad Imann Khaled tuu.. huhu..

Hari ni nak cerita pasal Hari Ibu yg baru je lepas... Sara belanja makcik makan kat Kenny Rogers.. Makaseh kakak.. ibu sayang kakak.. Aiman kata, nnt lepas balik Terengganu cuti sekolah ni.. dia nak belanja tengok kunang2 kat bandar penawar..  tak sabar nak tunggu nih.. and rasa kosong je bila anak bongsu makcik selama 12 tahun.. tak ada.. sedihhhh.. huk3x..

Sampai rumah kat Pasir Gudang.. makcik dah flat abess.. tertido.. dalam pkl 11 lebih.. makcik perasan phone makcik ada more than 4 missed called.. Sedih bukan kepalang hati ni.. Danial call and my mobile was in silent mode.. Kenapalah memalam call ibu agaknya.. and finally bila phone bunyi lagi.. and makcik dapat angkat.. the caller pulak tak dengar suara makcik.. *stupid public phone* kita hello.. dia hello.. kita hello.. dia hello.. lelama putus.. lagilah gundah gulana hati nih..



Makcik tunggu lagi kalau2 dia call semula but tak de.. and the next day.. makcik received call with area code 05.. bila angkat je.. "Ibu.. ni adik la.. adik nak cakap.. adik dah sampai Perak petang tadi.. Semalam adik call ibu tapi tak dapat cakap.. adik nak cakap SELAMAT HARI IBU.."  and seriously..my heart melt away..

Buat anak2 ibu.. Nur Sara Jasmin, Muhammad Nur Aiman, Muhammad Danial Haikal & Muhammad Imann Khaled.. terima kasih kerana selalu memahami dan bersama2 dgn ibu di waktu sukar dan juga di waktu gembira ibu.. terima kasih kerana membahagiakan hidup ibu.. terima kasih kerana buat ibu senyum di kala ibu rasa hampir2 nak menangis.. terima kasih kerana sentiasa menyokong ibu.. dan terima kasih kerana memahami.. Ibu sayang kamu semua.. Sayang kamu kerana Allah..

Semoga anak2 ibu semua menjadi anak2 yg cemerlang hidupnya di dunia dan akhirat.. dalam baraqah.. InsyaAllah.. Aminnn..




Ini je la gambar danial yg ada.. susah betul nak amek gambar dia.. tak bagi.. 

Apa2 pun.. dikesempatan ini.. makcik nak ucapkan terima kasih pada En.Ayah (walau tidak membaca..) dan En.Amat (juga tak pernah amek kisah nak baca blog makcik).. makcik nak cakap pada kedua2nya..  "Saya tau.. saya bukanlah insan yg sempurna.. saya tau saya banyak kekurangan.. saya tau tak semua tindak tanduk saya sebagai seorg ibu dipersetujui.. saya juga tau ada masa2nya saya buat silap.. tetapi.. apa yg penting.. SAYA TAU.. AWAK AKAN SENTIASA ADA BERSAMA2 SAYA.. MEMIMPIN TANGAN ANAK2 KITA.. DAN AKAN SENTIASA BERSAMA2 SAYA.. ANDAIKATA PERANAN AWAK SAYA PERLUKAN.. terima kasih kerana menjadi ayah pada anak2 saya.. terima kasih kerana bersabar dengan karenah saya demi anak2.. tanpa awak tak bermakna lah hari ibu saya.. saya sayang awak"


Last sekali.. gambar anak2 saya yg kurang sorang.. AGAIN.. SELAMAT HARI IBU BUAT IBU2 DILUAR SANA.. 



Ulasan

Bapak berkata…
selamat hari ibu, kak
♥MAMASYAZA♥ berkata…
selamat hari ibu utk akak jugak